Tuesday, September 1, 2015

Food for soul

Those word does works like a magic to gain and spark my spirit tu fight! We may not be in a same class, we may not in the same religion but she does care! Yeah, I'm in the most lowest point in my life(for now). My courage to stay confident seems to fade away when I failed my UPU. But she does remind me that its not the ends! I might be late but I must keep having faith and be patient. The God know the best for me. InshaaAllah I'll stay istiqamah.

Thursday, August 27, 2015

Tanda ingatan

Kau tak akan sedar betapa terkesannya kau bila kau dapat tanda mata berupa kata kata semangat dari sahabat ketika kau sedang jatuh. MashaAllah! Perasaan dia macam kau dapat berlian mahupun jonkong emas walhal ianya sekadar gambar gambar yang dilekatkan di batang ice cream. Tak dapat digambarkan rasanya, terasa sedih, rasa hiba, rasa pilu, rasa dikasihi. Perasaan aku bercampur baur. Sesungguhnya ianya amat bermakna. Tak dapat diungkapkan oleh kata kata. Terima kasih sahabat, terima kasih Nur Suriani atas ingatan. Sesungguhnya aku lemah, aku rapuh. Hm

Tuesday, August 25, 2015

Rezeki

Aku tak rasa aku ni murah rezekinya dalam keluarga. Result yang aku peroleh semasa STPM tidak lah terlalu hebat mahupun terlalu rendah. Rasanya result tersebut boleh dikatakan layak la sekiranya syarat khas program tersebut memerlukan calonnya untuk mendapat sekurang kurangnya pointer 2.33. Band MUET aku pun tidak lah terlalu tinggi atau rendah,Band 4 sahaja.Tapi rezeki tak menyebelahi aku, aku kandas dalam pengambilan pertama untuk melanjutkan pengajian ke ijazah sarjana muda. Ramai yang berjaya dan aku antara yang menangisi hari keluar keputusan tersebut. Lain bagi abang aku, dia dapat menyertai ambilan pertama walaupun result dia kurang lebih macam aku semasa STPM. Aku bagai dilabelkan sebagai bodoh dalam keluarga aku. Rasa sedih tu tak perlu ungkap lah, boleh membunuh sekiranya dilayan. Belum lagi pun tahu keputusan rayuan, aku sudah disuruh oleh orang tua untuk mengambil PTPTN. Tidak bagi abang aku. Dia tak menanggung sebarang hutang setelah tamat belajar. Alasan yang aku terima sebab orang tua ku mahu menyimpan duit untuk hari tua. Aku yang bodoh ni terpaksa terima, aku yang bodoh ni perlu berkorban. Setiap masa aku didengarkan cerita kehebatan abangku. Rasa kecil hati / cemburu tetap ada walaupun darah daging, aku tak punyai apa apa untuk dibanggakan. Hanya kesedihan, kekecewaan yang aku berikan kepada mereka. Kadang kala mahu saja aku lari,mati hilang dari dunia ini. Tapi aku sedar aku belum cukup mengumpul pahala yang diperlukan untuk ke jannah. Alhamdulilah Allah hadiahkan aku rasa sabar dan kekuatan hati untuk menanggung dugaan-Nya. Tapi aku tak tahu sampai bila aku mampu. Kenapa aku diberikan dugaan begini

Saturday, August 22, 2015

Aku

Aku perasan aku ni jenis bila orang ngadu or cerita apa apa, aku akan baca beriya kasi respon habis punya cun. Tapi bila datang angin kus kus malas nak layan, aku still layan tapi tak seaktif balasannya macam bila aku beriya. Tapi yang pastinya, aku jenis tak suka angkat orang call. Kadang kadang aku pandangg je phone tu masa orang call, lepas dah putus panggilan tu, aku terus mesej tanya nak apa. Tak kira laa sedara ke, kawan baik ke apa ke. Jenis aku ni orang kenkadang fed up. Tapi biorkan jelaa. Aku mmg camtu. Kecuali mmg orang tu daru awai gtau nak call. Mmg aku tunggu je phone letak tepi

Love,
Shana ❤

Monday, June 15, 2015

Berubah

Bila nak berubah? Masa paling tepat untuk berubah antaranya bila dah ada orang yang menegur. Kena faham faham sendiri la. Orang tegur sekali tak apa lagi kalau teringin nak ingkar. Kalau dah 2 kali tu agak agak laa. Jangan sampai orang tu benci. Fahami.

Friday, April 3, 2015

Pembuka bicara

Hai , kehidupan berlalu dengan baik. Sharifah Sakinah pun dah kahwin. Apa khabar? Hahahahaha itu sahaja.