Aku tak rasa aku ni murah rezekinya dalam keluarga. Result yang aku peroleh semasa STPM tidak lah terlalu hebat mahupun terlalu rendah. Rasanya result tersebut boleh dikatakan layak la sekiranya syarat khas program tersebut memerlukan calonnya untuk mendapat sekurang kurangnya pointer 2.33. Band MUET aku pun tidak lah terlalu tinggi atau rendah,Band 4 sahaja.Tapi rezeki tak menyebelahi aku, aku kandas dalam pengambilan pertama untuk melanjutkan pengajian ke ijazah sarjana muda. Ramai yang berjaya dan aku antara yang menangisi hari keluar keputusan tersebut. Lain bagi abang aku, dia dapat menyertai ambilan pertama walaupun result dia kurang lebih macam aku semasa STPM. Aku bagai dilabelkan sebagai bodoh dalam keluarga aku. Rasa sedih tu tak perlu ungkap lah, boleh membunuh sekiranya dilayan. Belum lagi pun tahu keputusan rayuan, aku sudah disuruh oleh orang tua untuk mengambil PTPTN. Tidak bagi abang aku. Dia tak menanggung sebarang hutang setelah tamat belajar. Alasan yang aku terima sebab orang tua ku mahu menyimpan duit untuk hari tua. Aku yang bodoh ni terpaksa terima, aku yang bodoh ni perlu berkorban. Setiap masa aku didengarkan cerita kehebatan abangku. Rasa kecil hati / cemburu tetap ada walaupun darah daging, aku tak punyai apa apa untuk dibanggakan. Hanya kesedihan, kekecewaan yang aku berikan kepada mereka. Kadang kala mahu saja aku lari,mati hilang dari dunia ini. Tapi aku sedar aku belum cukup mengumpul pahala yang diperlukan untuk ke jannah. Alhamdulilah Allah hadiahkan aku rasa sabar dan kekuatan hati untuk menanggung dugaan-Nya. Tapi aku tak tahu sampai bila aku mampu. Kenapa aku diberikan dugaan begini